Monday, March 28, 2011

Mohd Rizam Hj Ismail Bertunang








20 Mac 2011 yang baru lalu telah berlangsung majlis pertunangan di antara Mohd Rizam dengan Aifaa Huda Bt Ashari di rumah kediaman kelarga calun perempuan di Pt Raja. Beberapa orang saudara mara turut hadir dan membawa sirih junjung dan beberapa dulang hadiah. Semoga segera dapat melangsungkan majlis awad nikah dan majlis perkahwinan. Rasulullah saw bersabda, apabila sudah sampai masa sesaorang anak muda itu untuk berkahwin, maka segerakanlah.

Hafizan Asren mendirikan Rumah Tangga












Tahniah dan selamat pengantin baru Hafizan Asren. Majlis jamuan walimatulurus di adakan di rumah beliau di Kg Permatang Sepam pada 13 Mac 2011. Beliau bernikah dengan isterinya yang berasal dari kampung sebelah (Kg Ptg Palas) seminggu sebaluam itu. Sungguh meriah suaana majlia walimatulurus, Semua keluarga mendoakan agar beliau bahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang banyak.

Hj Maulani Kembali Kerahmatullah


12 Januari 2011 (Rabu) sekitar 8.00pagi berdering handphone di pocket ku. Oleh kerana saya sedang menghadiri mesyuarat khas dengan Vice Chancellor UTM di kediaman rasmi beliau bersama pentadbir-pentadbir Fakulti Alam Bina, aku terpaksa menutup HP.

Sebaik perjumpaan bersurai, segera ku lihat skrin HB untuk mengetahui siapa gerangan yang menalifon. "Saadan" ... hati tertanya-tanya apa agaknya perkara pentingnya... lantas ku hubungi semula nombor Saadan. Dengan ringkas Saadan memaklumkan bahawa ayahandanya (Hj Maulani) telah pulang kerahmatullah. Inalillahiwainnailaihirojiun.

Hj Maulani sememang sudah sekian lama mengihidap sakit tekanan darah dan jantung, namun beliau begitu menjaga amalan-amalan wajib maupun sunat-sunat seperti berzikir dan berdo'a. Semoga anak cucu semua dapat mengikuti kekuatan beliau di dalam menjaga amal-amal wajib dan sunat tersebut.

Seorang lagi orang tua kelab Kabare meninggalkan sanak saudara untuk selama-lamanya. Yaii Hj Maulani yang tinggal di Pt Betak sememang seorang yang sangat baik. Menjaga amalan dan sering memberi tazkirah kepada anak-anak, cucu-cucu dan sanak saudara. Di dalam kesempatan yang selalunya pada sambutan H Raya, apabila kesempatan sanak saudara menziarahi beliau di rumah, sering nasihat disampaikan buat kami. Terima kasih Yaii, semoga nasihat-nasihatmu menjadi panduan hidup anak cucu.

Pada hari raya yang lalu, beliau berusaha jua menziarahi Abang Abdullah Kandar yang sedang sakit. Gambar sempat diabadikan di ruang tamu rumah Abang Abdullah. Kini kedua-duanya telah pergi menemui ALlah. Semoga roh mereka di tempatkan Allah bersama orang-orang yang beriman.

Sunday, December 26, 2010

Abg Abdullah b Kandar kembali ke rahmatullah








Siapa tidak kenal dengan nama Abdullah bin Kandar atau lebih dikenali dengan panggilan Abg. Dollah atau Wak Dollah. Setelah ditakdirkan dengan sakit leukemia (barah darah), Abg Dollah telah dijemput oleh Allah SWT pada jam 8.10 pm pada Khamis, 23 Disember 2010 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Warga Kelab KABARE amat terasa dengan kehilangan salah seorang warga KABARE yang sudah banyak berjasa dan berbudi terhadap Kelab KABARE ini. Walau bagaimanapun hidup mesti diteruskan. Semoga arwah tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh. Semoga keluarga terdekat arwah dapat meneruskan hidup dengan tabah. Dari Allah kita dating dan kepadaNya kita dikembalikan.

Tuesday, November 30, 2010

Muhammad Yazit Hj Ismail Mendirikan Rumah Tangga


Alhamdulillah pada Ahad 28 Nov. 2010, Satu majlis walimatulurus telah diadakan di rumah Hj Ismail / Hjh Kaspah (Nyai Senah) di Kg Permatang Sepam. Ramai saudara mara dan sanak saudara menghadiri majlis dan meraikan majlis yang sungguh meriah. ALhamdulillah dan Kelab kabare mendo'a kan semoga berbahagia pasangan Yazid & Nor Anita berbahagia ke anak cucu dan memperoleh keberkatan hidup dan dikurniakan ALlah anak yang ramai.

jom ke SMARTCAMP KABARE 2010 : 10-12 DIS 2010


Jom... jom... jomm ... lebih power ... lebih seronok ... lebih mendidik. Di ketuai oleh motivator cemerlang ...Abang AIman.. ! dengan penempilan yang kontemporary ... ala Maher Zain. Juga di sokong oleh Br Syed Sabiq (?) Seorang Arkitek Landskap yang berpotensi .. serta seorang Lawyer yang ceria Sis Nurshafeeqah.
Juga diimport pakar motivasi dari Adelaide Australia .. (???) Siapa ye ? ... sepasang suami Isteri !!!!

Nak tahu ... jom ke Kem Kabare tahun ini ...
Power ....!

Friday, September 3, 2010

Hari Raya tahun ini di Rumah Yaii Abu Bakar / Nyaii Giem


Adalah dimaklumkan bahawa Perjumpaan Hari Raya KABARE tahun ini akan diadakan pada Hari Raya kedua (Sabtu Insya Allah) mulai jam 12.00 t hari di rumah Nyaii Giem / Yaii ABu Bakar. Semua warga KABARE dialu-alukan hadir. Perjumpaan tahun ini tentunya ada suatu yang Surprise ...! Harap jangan ketinggalan ... datang dan bawa semua anak bini, cucu citit. Jumpa di sana...! Insya Allah. Mohon di war-warkan...

Saturday, August 14, 2010

Ziarah 1 Ramadhan Yang Sangat Bermakna



Alhamdulillah ramadhan tahun ini Penegrusi Kelab kerjaya Kabare dapat datang menziarahi beberapa individu penting dalam KABARE. Mereka sekian lama menjadi pendorong kerukunan keluarga, motivator dan kaunselor dalam konteks yang tersendiri. 1 Ramadhan pagi (kebetulan cuti awam di Johor), bergerak dari Skudai bersama beberapa orang anak dan isteri. Singgah di Maahad Pontian menjengok program Semarak Ramadhan melalui ceramah yang disampaikan Ustaz Suhaimi Jairi (S Usaha IKRAM). Bergerak ke Berong, walaupun hanya menghulur sekotak kurma tetapi lega hati ini dapat ziarah Hjh Maznah Abu yang dalam kesihatan yang baik, juga Nyaii Esah yang masih awas dan cerah matanya. Singgah sebentar menziarahi adik ipar yang baru beberapa bula kematian suami (Mohd Sanusi - Adik lelaki Isteri (norleha)). Semoga kedatangan kami dapat sedikit sebanyak menjadi penawar duka.
Sebelum maghrib sempat menziarahi Wak Asren yang masih menjalani Dialisis buah pinggang, tapi agak gembira hati ini kerana Wak Asrin nampak kelihatan sihat dan ceria di bulan Ramadhan yang barkah ini. terus meluru ke rumah Wak Dolah yang telah beberapa bulan berulang alik ke Hospital JB dan Pontian kerana di katakan mengidap Lukemia iaitu sejenis kanser darah. Wak Dolah sekarang begitu kurus dan setiap bulan perlu memasukkan beberapa pack darah di Hospital. Walaupun terpaksa banyak berihat di rumah, berjalan dengan tongkat, tetapi masih boleh berpuasa di bulan Ramadhan ini. Kami sempat berbuka bersa-sama dengan ditemani isteri beliau (Wak Esah) dan cucu-cucu yang tinggal sekali.

Isya' pula sempat singgah ziarah Wak Adam yang juga sednag dalam pengubatan kerana kencing manis dan darah tinggi. Nyai Sinah, ALhamdulillah sihat dan masih dapat tarawih di surau berdekatan. Sebelum bertolak balik ke JB, sempat mendapat makluamt bagaimana kemalangan yang menimpa Mohd Haziq yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah.
Sehari agak suntuk, tak dapat nak ziarah saudara-saudara yang lain seperti Lek Mail, Lek Maulani dan Kak Awok yang juga sedang menjalani rawatan. Harapan Pengerusi KABARE semoga anak-anak dan cucu-cucu dapat meluangkan masa untuk menziarahi mereka yang lebih tua. Jika tiada mereka, siapalah kita. Rezeki sedikit yang kita sedang kecapi adalah juga hasil didikan dan bimbingan serta do'a-do'a mereka.
Sesungguhnya kehidupan kita semua ini adalah anugerah dari Ilahi. Jagalah sebaik-baiknya mengikut garispanduan yang diterangkan di dalam Al-Qur'an dan Hadith yang menjadi sumber rujukan dan panduan untuk hidup beriman, sejahtera dan diredhai ALlah swt. Semoga Ramadhan ini seluruh warga KABARE sihat dan dapat melaluinya dengan sempurna. Insya kita jumpa di Syawal ke 2 di rumah Yaii Abu Bakar dan Nyaii Giem.

Wednesday, August 11, 2010

Allah Masih Sayangkanmu & Keluarga



Ahad 8 Ogos 2010 sekitar 1 pagi, berita sedih diterima keluarga mengenai kemalangan ngeri di Pt Madirono yang melibatkan sebuah kereta baru terbabas. Pemandu meninggal di tempat kejadian. Salah seorang penumpang ialah Mohd Haziq yang sedang menunggu keputusan SPM dan kini bekerja di JB. Tidak diketahui puncanya. Mungkinkah ada sebuah lagi kenderaan ? Ia tidak dapat diketahui sehingga kini.

Haziq Alhamdulillah selamat (dengan izin Allah) walaupun mengalami sedikit kecederaan dan terpaksa dimasukkan di wad Hospital Sultanah Aminah JB. Ibu bapa, sanak seudara saling menjaga dan menziarahi Haziq.

Haziq,
Allah masih sayangkan kamu dan keluarga. Kemalangan yang berlaku begitu dahsyat, namun Allah masih memelihara kamu. Semoga bertepatan kedatangan Ramadhan, membantu kita meningkatkan keinsafan dan memperbaiki amalan. Seluruh keluarga bersyukur, semoga ALlah terus memelihara keluarga dan meningkatkan iman dan amalan kita semua, sentiasa taat kepada ALlah yang maha pemurah dan penyayang.

Pastikan Ramadhan Istimewa Tahun Ini




Alhamdulillah ... dipagi yang hening ini dapat ku hidu keheningan dan keberkatan udara Ramadhan tahun ini ... isteri dan anak-anak dapat bersama bersyahur. Jamaah masjid berpusu menunaikan Solat Subuh ... di Masjid ku sempat bertaaruf dengan jamaah Tabhlig dari Manchester England. Malam tadi penuh sesak bertarawih ... ada yang bergegas balik kerana setiap inci lantai kawasan masjid sudah penuh. Alhamdulillah ... masyarakat kita masih SELESA melalui Ramadhan.


Nun di Beirut sahabat tercinta Hasanuddin Mohd Yunus (Wira Marvi Marmara & Pengerusi AQSA) sedang bertungkus lumus menabur bakti, mencurah keringat... demi berkongsi derita anak-anak yatim Palestin yang 'terbuang' untuk tatapan dan perkongsian dengan rakyat Malaysia apabila TV3 menayangkan siri "Bersamamu Palestin" di bulan Ramadhan yang Berkat ini. Semoga jihadmu ya akhie menjadi bukti keikhlasan mu dalam perjuangan. Semoga anak-anak dapat melihat betapa fikrah IKRAM bisa melahirkan jundullah.


Di sini ... gerak kerja dakwah terus bertunas dan melata. Di sana-sini, Semarak Ramadhan menemui ummat, berkongsi minda, berkongsi fikrah dan kesyahduan ... agar penegrtian Ramadhan benar-benar dimengerti. Teruskan usahamu ikhwah wa-akhawat, benih-benih yang subur Insya ALlah akan tumbuh mekar buat generasi penerus perjuangan.

Do'a buat yang diuji Allah, sedikit keperitan berada dikatil Hospital, tidak bisa berdiri sebaris ikhwah dalam tarawih, qiyam dan iftar. Insya ALlah itu hanya sementara, Allah akan izinkan kita akan bersama nanti. Rehatkan badanmu buat seketika, sabar dengan ujian, banyakkan berzikir. Allah lebih mengetahui hikmahnya.
Buat emak, abang Dolah, bik Pah yang sedang menjalani bengubatan; Rahimah & anak yang baru ditinggalkan insan tersayang, laluilah Ramadhan kali ini dengan sabar. Mungkin ianya tidak semanis Ramadhan sebelum ini, namun Allah lebih mengetahui hikmahnya, kerana Allah Tuhan kita dan kita perlu sentiasa redha di atas ketentuannya.

Suara sayup-sayup Al-Faateh & al-Fathy bertadarus di ruang tamu di pagi Ramadhan yang Mulia ini. Jazakaumullahukhairan para Murabbi Hidayah. Jihad dan pengorbananmu sudah terbayar ! Tahniah !,. Pastinya Ramadhanmu lebih bererti tahun ini. Semoga berlipat ganda keikhlasan dan ganjaran untukmu dariNya.

Petugas AQSA yang tidak henti-henti di bumi bertuah ini ... antum benar-benar memahami moto "Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa". Allah melihat keikhlasan dan pengorbananmu. Tahniah & jazakumullahukhairan !


Buat anak-anak yang ku sayangi, penuhkan Ramadhan dengan amalan, doa dan istighfar.
Alhamdulillah, Ramadhan Istimewa Tahun ini, kerana Allah menizinkan persiapan kedatanganmu dimulai dengan kehadiranmu IKRAM.

Saturday, December 26, 2009

Youth Kabare ditubuh

Youth Kabare adalah satu usaha untuk memberi autonomi bagi golongan muda dan remaja warga Kabare untuk bergerak dan beraktiviti secara positif. Banyak boleh difikir dan diteroka. Sila lawati laman blog YOUTH KABARE DI http://kabareyouth.blogspot.com/

Abang Yusof & kak Midah Sambut menantu



Sabtu 26 Dis 2009 telah berlangsung majlis menyambut menantu Abang Yusof & Kak Midah di rumahnya di Kg Pt Betak. Ini adalah majlis menyambut menantu kali kedua pasangan ini dan kali ini ialah perkahwinan anak yang bernama Rahmat yang kini bertugas di UNITEN di Pahang. Ramai ahli keluarga Kabare hadir dan kita semua mendoakan agar Rahmat dan Isteri kesayangan akan dikurniakan Allah kasih sayang berpanjangan dan dikurniakan anak-cucu yang soleh dan solehah. 'Pemberita' yang membuat laporan berada ketika kedua-dua pengantin diarak masuh ke paerkarangan. Kemeriahan majlis dirasai dengan sanak saudara datang meraikan majlis. Hujan rahmat turut datang mencuah-curah sebaik rombongan pengantin duduk untuk menjamu selera. Semoga selebat hujan yang datang, rezeki dan rahmat yang akan diperolehi oleh keluarga Rahmat nanti.

Sunday, December 20, 2009

Emak Mertua Dr Zin di CCU Hospital Serdang

Emak mertua Dr Zin (emak Pn Norleha) kini sedang di rawat di Hospital Serdang dan semakin beransur baik Alhamdulillah, namun masih tidak sedarkan diri. Berita lanjut baca di SINI.

Thursday, December 17, 2009

KOPERASI KABARE AKAN DIDAFTARKAN

Pada 5 Dis 2009 di rumah Johan di Kg Permatang, telah di adakan perbincangan pra-penubuhan Koperasi Kabare. Cadangan Undang-Undang Kecil Koperasi sebelum ini telah di edar kepada beberapa anggota KABARE.

Di antara aktiviti yang dijalankan Koperasi Kabare:-

Bagi mencapai matlamat dan tujuan yang tersebut di dalam undang-undang kecil 7 amnya dan 8 khasnya, Koperasi boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti-aktiviti berikut -

(a) Menerima sumbangan, caruman dan pelaburan dari anggota dan bukan anggota;

(b) menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan;

(c) membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;

(d) melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;

(e) mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya;

(f) menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain; dan

(g) mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung.



Dalam mesyuarat yang dijalankan, beberapa keputusan dibuat:-

1. CADANGAN NAMA KOPERASI

Pilihan 1: KOPERASI SEPANG JAYA BERHAD

2. Pilihan 2: KOPERASI PERMATANG JAYA BERHAD


2. CADANGAN ALAMAT KOPERASI:

1. Rumah Cikgu Dzulkarnain (Kg Permatang Sepam Benut 82210 Pontian Johor).


3. CADANGAN AHLI LEMBAGA KOPERASI (9-11 orang)

1. ZULKIFLI MOHD NOH

2. JOHAN

3. MASODIN

4. MOHD ZIN

5. MAHFAR

6. SAHAR

7. DZULKARNAIN LASIMAN

8. KADIN

9. SAADAN

10. ATAN

11. MOHD ZA’I

4. CADANGAN AHLI-AHLI - untuk tujuan pendaftaran fasa 1 (min. 30 orang @RM500.00)

1. ZULKIFLI MOHD NOH

2. JOHAN

3. MASODIN & INDAHWATI

4. MOHD ZIN & NORLEHA

5. MAHFAR

6. SAHAR

7. MOHD ZA’I & SAPURA

8. ZAINITA/ (IKS)…. Bukit Besar.

9. AZMI ABDULLAH … tempe.

10. ATAN ISMAIL & SITI AIDA

11. NAIN

12. KADIN & INA

13. AZHARIZAM

14. JURAINI

15. ABDUL WAHAB

16. ZALINA MD NOH – adik zol (B.PAHAT) … suami Kilang baja di Indon.

17. AZMI RASHID

18. HASLINA ABU BAKAR

19. MASIAH SUPIAN

20. ANIZA SUPIAN

21. RAFIDAH SOPIAN

22. SITI HAFIZA IMAN

23. SAADAN

24. YUSOFF (ABU SUPIAN)

25. MOHD SAID

26. SITI MASRIAH

27. HISHAMUDDIN MOHD NOH

28. MAHADZIR MD ESA

29. HAMIDI BIN NGATMAN

30. MAHRIZ MD ESA

31. SAIFUL B MASEET … 5 KEDAI

32. JUNAINAH SUPIAN

33. SIIN HJ RASHID … TJ MART SALING

34. NORAINI KANDAR

35. HAFIZAN ASREN

36. JUNAIDI ASREN

37. SUHAYA/AZIZON

38. NAZRI SUHOD

Nota: Semua individu 18 tahun ke atas dari Warga Kabare boleh mengemukakan nama kepada drzin2000@yahoo.com.

Boleh LINK kan Blog anda di SINI

Assalamualaikum kepada pembaca dikalangan warga KABARE.

Jika anda atau anak-anak anda ada laman BLOG, sila e.mailkan URL blog tersebut (address blog) ke drzin2000@yahoo.com agar dapat di LINK kan dengan blog ::SALAM KABARE::. Jadi bolehlah kita berkongsi berita, maklumat dll. Pihak SALAMKABARE mengalu-alu dan menggalakkan semua warga KABARE membina blog masing-masing. Wassalam. WakZin.

Monday, December 7, 2009

SMART CAMP KABARE BERJALAN LANCAR & MENARIK

Alhamdulillah...
SmartCamp Kabare telah berlangsung dari 4-6 Dis 2009 di SKSJ Kg Permatang Sepam dengan jayanya. Disertai lebih 50 pelajar sekolah rendah dan menengah dan disenggarakan oleh team SmartCamp Kabare. Pelbagai aktiviti yang merangkumi indoor dan outdoor telah dijalankan dan semua peserta benar-benar terisi dengan pelbagai kemahiran, pendedahan dan pengetahuan. ... berita lanjut sila kunjungi www.smartcampkabare.blogspot.com.

Tuesday, December 1, 2009

Smart CAMP KABARE ... Ramai Fasi akan terlibat...



Abang Aiman ... siapa dikalangan anak-anak Kem kabare yang tak kenal...? Banyak Idea...? Banyak Trick...? Banyak Suprise...!!
Apatah lagi bila kali ini ramai lagi muka-muka baru fesilitator akan menyerlahkan bakat mereka....!!! heee.eee... Jom jumpa mereka...!

SMART CAMP KABARE SUDAH BERSEDIA...


Semua Warga Kabare di jemput menghantar anak-anak ke Smart Camp Kabare ... Pada 4-6 Dis 2009. Program setahun sekali ini sangat menarik....! Kali ini lagi menarik...! Para Fasilitator sedang di akhir penyiapan segala module... Ada Tayangan Video... yang canggih-canggih... ada permainan yang menyeronokkan... dan banyak lagi... Jumpa Di sana....

Tuesday, November 24, 2009

JOM KE SMARTCAMP KABARE 2009 : 4-6 DIS 2009


Cikgu Zulkarnain & Wak Udin ... antara orang kuat Smart Camp Kabare nanti...


PENDAHULUAN
Cuti sekolah hujung tahun agak panjang dan anak-anak sering tidak tahu apa yang mereka harus lakukan sepanjang cuti. Oleh itu Program Smart Camp dirancang bagi memberi pengisian dan pendedahan serta membantu anak-anak merancang dan mengisi cuti sekolah agar lebih menarik dan bermanfaat.

OBJEKTIF
Mengumpulkan anak-anak ahli KABARE dan pelajar sekolah SKSJ agar mereka saling kenal mengenal antara satu sama lain.
Mengenengahkan ilmu, panduan, bimbingan agar anak-anak tahu tugas dan tanggungjawab sebagai anak yang soleh dan solehah.
Memotivasikan anak-anak dan para peserta agar rajin dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran sehingga mampu mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan kerjaya masa hadapan.
Meningkatkan ilmu, amal dan akhlak sebagai anak dan ahli keluarga.

TEMPAT & MASA
Jumaat hingga Ahad, 4-6 Dis 2009.
Pendaftaran : Jumaat - 5.00 hingga 7.00 mlm.
Bersurai : Ahad – 5.00 ptg.
Tempat: SKSJ Kg Permatang Sepam

ANJURAN
SKSJ & KELAB KABARE Kg Ptg Sepam

PESERTA
Semua anak-anak warga KABARE Darjah 1 hingga Ting 4, Lelaki dan perempuan.
Pelajar-pelajar SKSJ (khususnya Drj 5).
Sasaran Peserta: 100 pelajar iaitu,

Persiapan untuk dibawa oleh peserta
Pakaian untuk aktiviti dalam masjid/kelas.
Pakaian solat termasuk telekung (perempuan).
Alas tidur (bukan tilam), Selimut dan bantal.
Tuala mandi dan peralatan mandi.
Pakaian riadah/sukan.
Buku nota & pen/pensil.
Kasut & stokin.
Alat Permainan tidak boleh dibawa.
Ubatan peribadi (untuk anak-anak yang memerlukan).

Yuran Penyertaan (Pelaburan)
Sekolah Rendah : RM25.00 seorang.
Sekolah menengah : RM30.00 seorang.
Anak ke 4 ke atas, diskaun 50%

KANDUNGAN
Kandungan Smart Camp merangkumi pendidikan peserta dari pelbagai aspek;
Kefahaman dan Ibadah asas dalam Islam.
Akhlak anak-anak soleh dan solehah.
Latihan kepimpinan dan komunikasi.
Gerak kerja berkumpulan.
Kemahiran berfikir secara kreatif & proaktif.
Motivasi belajar dan Kerjaya masa hadapan.

# Aktiviti dalam bentuk ceramah, bimbingan, bacaan Qur’an, zikir, perbincangan dan gerak kerja berkumpulan.

JK PENGANJUR
PengerusiPengarah: PM Dr. Mohd Zin Kandar.
S/Usaha: En Zulkarnain Lasiman.
Bendahari: En Masodin Supian & En Abdullah Kandar.
Tempat & Makanan : Hj.Saadan Maulani, En Faizal Abdullah, En. Johan Rashid, & En. Hafizan Asren, Pn Noraini dll.
Jemputan : En Atan Ismail, En. Azmi Rashid & En. Kadin Lasiman, En.Dzulkifli Md Noh.
Teknikal & Peralatan : En Zulkarnain Lasiman.
Penceramah-penceramah:
PM Dr. Mohd Zin Kandar.
En Zulkarnain Lasiman.
En Mohd Za’i Kandar
Sdr Mhammad Aiman M.Zin
Penerbitan/Cetakan/Jurukamera : Azmi Rashid & Rahmad Ali-Sufian
Fasilitator :
Ketua: Muhammad Aiman bin M Zin -UIA
Nurshafeeqah – UIA.
Muhammad Sabiq – UTM
Dzaul Asraf Dzulkarnain– UNISEL
Siti Aminah Ali Supian – UM
Nazirul Akmal Kadin-PolyJB
Mohd. Idham M Yusof-UiTM
Nurfaradila M.Yusof-UiTM
Mohd Safiuddin Adam-UiTM
Mohd Taufiq M.Said - UTM
Dll.

Thursday, September 24, 2009

Sambutan Hari Raya Kabare 1430/2009 Meriah






Allahuakbar, Allahuakbar, ALlahuaka, Walillahilhamd...
Syukur yang tak terhingga kita panjatkan ke hadarat Allah SWT. di atas limpah rahmat dan perkenanNya sehingga dapat kita anjurkan sambutan Aidil Fitri Kabare pada tahun ini. Majlis diadakan di rumah Sdr Atan Ismail Kg Permatang Sepam bagi pihak keluarga Hjh Senah / Hj Ismail iaitu salah satu pasangan generasi perama keluarga KABARE hasil perkongsian Hjh Sarmi & Hj Siraj.
Pelbagai aktiviti dijalankan bermula dengan edaran Buletin Kabare (seminggu sebelum Hari Raya). Pada sekitar 11.00 pagi hari raya kedua, warga Kabare menziarai kubur di baruh kampung Permatang Sepam. Cikg Zulkarnain, Hj said, Sdr Masodin dan beberapa orang sekitar 30 orang anak-cucu warga Kabare hadir. Membersih kubur dan membaca Yassin serta Tahlil serta doa agar roh saudara-mara dicucuri rahmat ALlah dan diletakkan bersama roh orang-orang yang soleh.
Sekitar jam 2.00 petang, sanak saudara mula berkumpul di rumah Sdr Atan dan majlis dimulai dengan Khatam Qur'an yang diketuai oleh Hjh Noraini dan do'a dibaca oleh Hjh Lek Tuk. Hj Md Said mengetuai bacaan tahlil sejurus selepas Khatam Qur'an dan ramai sanak saudara turut membaca tahlil dan mengaminkan doa'.
Ucapan salam Kabare dan Slam Aidil Fitri disampaikan oleh JK Kabare, Tuan Rumah dan Pengerusi Kabare Dr Mohd Zin. Pengerusi juga mengumumkan beberapa aktiviti akan datang termasuk Cadangan Hari Raya Kurban di mana 7 bahagian (seekor lembu) dengan nilai sekitar RM400 - 450 ditawarkan kepada ahli kabare yang ingin menyertai korban tahun ini. Korban akan dijalankan di Kg Permatang Sepam. Program Kemah Ibadah Kabare juga dicadangkan akan dijalankan pada 4-6 Disember 2009 di Sek Keb Seri Jaya. Anak Cucu yang bersekolah Rendah dan menengah dijemput menyertai Kemah Ibadah tersebut,. Anak Cucu yang sedang berlajar di IPT dijemput menjadi fasilitator (sila Hubungi Abang Aiman Ketua Fasiliator 013-2213427).
Aktiviti rehlah kabare juga akan diajurkan dan sesiapa yang berminat untuk turut serta boleh menghubungi Hj Md Said. KABARE juga merancang untuk menubuhkan Koperasi Kabare. Pengerusi KABARE telah menyediakan deraf undang-undang kecil koperasi (UUK) bagi diajukan kepada Suruhanjaya Koperasi. Satu mesyuarat penajaan akan dibuat dan semua ahli kabare yang berumur 18 tahun ke atas dijemput menyertai Koperasi ini.
Majlis Hari Raya Salam Kabare turut diserikan dengan penyerahan cenderahati berupa bunga telor kepada wakil-wakil Keluarga Generasi Pertama Kabare dan penyampaian hadiah kepada anak-cucu yang menyertai rekabentuk Kad Raya Besar Kabare.
Jamuan yang istimewa dinikmati oleh semua yang hadir. Tahun ini special sungguh kerana ada Ice-Cream yang nikmati bunak sahaja anak cucu, tapi pak cik, makcik dan nyai-yaii juga menikmatinya.

Saturday, September 19, 2009

PERTANDINGAN MEMBUAT KAD RAYA BESAR

1.0. Pendahuluan
Bersempena perjumpaan Hari Raya Salam Kabare, anak-anak perlu diraikan. Mereka juga mempunyai potensi yang perlu diserlahkan agar mempunyai jiwa besar dan keberanian berlumba secara sihat. Pertandingan Rekabenruk Kad Raya Besar Kabare dianjurkan bagi mencapai beberapa matlamat.

2.0. Tujuan
1. Mencungkil bakat
2. Mewujudkan rasa keperihatinan, hormat dan mampu menyerlahkan perasaan kasih dan sayang kepada mereka yang lebih tua.
3. Memeriahkan suasana Hariraya Salam Kabare

3.0. Siapa yang boleh turut serta ?
Penyertaan adalah dalam bentuk Individu & Berkumpulan. Terdapat beberapa kategori:-
1. Individu bawah 11 tahun.
2. Individu 12 – 15 tahun.
3. Individu 16 – 18 tahun.
4. Berkumpulan 12 tahun kebawah.
5. Berkumpulan 13 – 17 thn.

4.0. Hadiah
Hadiah Pemenang Pertama sahaja diberikan setiap kategori (setiap 1 – 5 di atas).
Hadiah Cenderahati akan diberikan kepada semua peserta.

5.0. Syarat Penyertaan.
• Penyertaan adalah percuma.
• Terbuka kepada anak-cucu-cicit ahli-ahli keluarga kabare.
• Saiz kertas:
o Penyertaan Individu : Saiz Kad tak boleh lebih A3.
o Penyertaan Berkumpulan : Saiz Kad Raya mesti melebehi A3.
• Rekabentuk mengikut kreativiti masing-masing menggunakan apa juga bentuk media, warna, collage (tampalan) dll.
• Kad Raya mesti ditujukan kepada salah seorang Atok/Nenek generasi pertama atau Kedua Kabare sahaja.
• Penghantaran penyertaan ialah pada Perjumpaan HariRaya Salam Kabare (Hari Raya Ke dua di Rumah Hj Ismail/Hjh Senah/Abang Atan) sebelum jam 2.30 petang.
• Barisan juri profesional akan mengadili pertandingan dan keputusan adalah muktamad.
• Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah akan disampaikan sekitar jam 4.00 petang.

Tuesday, September 8, 2009

CADANGAN KOPERASI KABARE

Kerajaan menggalakkan lebih banyak Koperasi diwujudkan dan terdapat banyak peluang ekonomi dan kebajikan akan dapat di usahakan Insya Allah. KABARE mempunyai potensi untuk mewujudkan KOPERASI dan ia perlu penyertaan semua ahli KABARE. 
Kini terdapat lebih 5000 koperasi seluruh Malaysia dalam berbagi saiz dan aktiviti. (Makluamt lanjut sila ke laman web Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia.
Mealui Jawatankausa Kabare, idea mewujudkan koperasi sudah beberapa kali dilontarkan dan untuk difikirkan. Dr Zin sudah lebih 10 tahun melibatkan diri dengan Koperasi Muslimin dan sudah lebih 3 penggal menjadi Anggota Lembaga. Kini koperasi muslimin mempunyai aset melebehi RM50juta. Ramai juga ahli KABARE yang masuk Koperasi Muslimin dan ada yang telah mendapat manfaat termasuk dapat membeli kebun di kampung melalui pembiayaan yang disediakan Koperasi. Jadi elaok juga jika Kelab Kabare mengusahakan mewujudkan koperasi sendiri. Ianys baik untuk generasi akan datang,
Berbagai projek ekonomi dan kebajikan akan dapat lebih berkesan untuk dijalankan. Jadi Jawatankuasa KABARE merayu semua ahli untuk sama-sama menganggotai Koperasi Kabare bila kita lancarkan nati.
Sila SMSkan nama kepada Dr Zin 013-4352539 untuk menyertai Koperasi yang dicadangkan. Draf penubuhan sudah dihantar kepada AJK KABARE untuk penelitian dan komen